Wahai kakakku..
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja..
Wahai adikku..
Bukan wanita itu lemah kerana tangis dan sendunya..
Tetapi di situlah kekuatan bisa meleburkan ego lelaki..
Duhai adikku..
Lembut wanita itu bukan lemah tetapi senjata..
Namun wahai kakakku..
Wanita itu fitnah dunia..
Pernahkah adikku dengar pesanan Ilahi pada hambaNya?
Wahai lelaki2 yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu..
Cuba adik nilai pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya?
Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal..
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya..
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya..
Dan, tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya kerana di situlah kehormatannya..
Bukan fitnah semata-mata jika Ar-Rijal dan An-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!
Sesungguhnya wanita beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh..
Tapi kakakku..
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu??
Wahai adikku sayang..
Al-Haya'(Sifat Malu)..
Ada dalam diri setiap insan..
Wujudnya seiring dengan nafas insani dan Al-Haya' itulah pakaian iman..
Pada diri wanita itu indah Al-Haya' sebagai pembenteng diri..
Namaun, bila mana Al-Haya' itu lebur imannya runtuh..
Kenapakah mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid merasakan diri belum cukup menarik..
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi..
Namun adikku, wanita solehah itu pasti melindung diri mereka dari perbuatan murahan itu..
Wahai adikku..
1001 keindahan penciptaan wanita..
Pandai-pandailah dikau menilai antara permata dan debu-debu kilauan pasir..
Janganlah adik gusar tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu..
Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu, menggugurkan dirimu menyembah tanah..
Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu..